..SeLaMat DaTang kE bLog SaYa..

"Jika kau berteman dengan seorang teman yang memiliki rasa cinta, maka jadilah engkau seperti orang yang penuh kasih sayang. Janganlah menghitung semua kesalahan setiap orang, sebab kau akan tinggal sepanjang zaman tanpa teman..." di petik dari buku Jangan Bersedih........

Sabtu, 24 Mac 2012

SEBELUM BERCINTA


"Jodoh  dan pertemuan adalah ketentuan Tuhan yang esa. Setiap orang sudah ditetapkan jodohnya. Yang penting kita berusaha bersungguh mencarinya. Biasanya, jodoh atau pasangan yang menanti berada tidak jauh dari kita."





Bersahabat Dulu

Manusia itu diciptakan berpasangan.
Lelaki dan perempuan memang saling memerlukan dan saling melengkapi. Bagi kita yang baru memulakan langkah mencari kekasih hati, cuba praktikkan langkah-langkahyang disarankan di dalam blog ini bagi memiliki hatinya dengan jaya. Setiap orang sudah ada jodohnya. Yang penting bagi diri kita adalah berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. Jodoh atau pasangan biasanya berada tidak jauh dari kita. Jarang ada orang yang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

Ciri-ciri sahabat.
Semasa mencari bakal kekasih, kita perlu mencari dahulu orang yang dirasakan sesuai dengan kita. Apabila kita sudah bertemu dengan orang yang kita maksudkan, cubalah berkenalan dengannya. Mulakan agenda dengan menjadikan dia sebagai sahabat. Jangan cepat dan tergesa-gesa meluahkan perasaan. Kesabaran dalam perhubungan adalah faktor penting bagi memastikan hubungan persahabatan yang dibina bertahan lama.

Beri salam.
Pada masa sekarang, mungkin peribahasa ‘perigi cari timba’ kurang diketahui oleh generasi muda. Maksud peribahasa itu adalah perempuan (perigi) yang terlebih dahulu memulakan langkah mencari lelaki (timba). Sekarang, tidak kisah sama ada perempuan memulakan dulu pencarian bakal kekasih mereka mahupun lelaki. Peribahasa itu memanglah sesuai pada zaman dahulu kerana wanita dahulu terkenal dengan budi bahasa yang tinggi serta sifat malu yang begitu kuat.
Berbeza dengan zaman sekarang, wanita lebih berani dan mempunyai daya saingan yang tinggi bagi mencapai cita-cita mereka. Tak salah bagi orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki sentiasa merasakan mereka memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang memulakannya. Ingatlah, perjalanan seribu batu pasti bermula dengan langkah pertama.
“ Rasanya macam kenal, tapi di mana?”
Perancangan penting bagi menjalankan suatu misi. Misi kita adalah ingin jadikan dia buah hati kita. Ingat. Jika kita berjaya merancang, sebenarnya kita merancang untuk berjaya. Selepas memberi salam, mulakan perbualan dengan bertanya “rasanya mcm kenal tapi di mana ya?” katakan padanya kita pernah berjumpa dia di suatu majlis dan mungkin dia terlupa. Pandai2lah kita mencari idea yang logik. Lagi logik idea itu lagi mudah kita memanjangkan perbualan. Selepas berkenalan dengannya tanyalah nama, tempat tinggal serta aktiviti hariannya supaya kita mudah memulakan langkah seterusnya.
Selalu berjumpa.
Selepas mengetahui destinasi yg selalu dikunjunginya. Rajin2kan diri untuk terserempak lagi. Kalau boleh buat seperti kebetulan kita berada di tempat yang selalu dia pergi. Jika kita tidak rajin dia kemungkinan akan terlepas ke tgn orang lain. Jadi cepatlah bertindak. Jika kita mahu ia tak terlepas ke tgn org lain, perlu lakukan sedikit pengorbanan. Kita harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya pada bila2 masa. Justeru kita perlu sentiasa dalam keadaan yg menarik, tanggapan pertama adalah yang terpenting.



Kenali si Dia..


"Jodoh  dan pertemuan adalah ketentuan Tuhan yang esa. Setiap orang sudah ditetapkan jodohnya. Yang penting kita berusaha bersungguh mencarinya. Biasanya, jodoh atau pasangan yang menanti berada tidak jauh dari kita."


 Kenali dirinya..
Ø Benar2 tekad memilikinya menjadi buah hati kita.
Ø Mengenali sedikit sebanyak  siapa dirinya dahulu (mana tau kot2 xsesuai ke)
Ø Tanya berkaitan dengan dirinya bermula dgn perkara yg umum sblum bertenyakan hal peribadi -- *kalau kita terus tanya hal peribadi ini mungkin membuatkan dia terkejut dan tak selesa*
Tanya soalan mudah..
Ø tanya soalan yg ringkas tanpa menyuruh dia berkerut dahi menjawabnya
Ø perlu diingatkan, perempuan membentuk hubungan cinta dgn berbual dan bercakap MANAKALA lelaki membentuk hubungan cinta dgn melakukan kegiatan bersama
Ø bagi tarik perhatian perempuan, lelaki harus bnyk berckap dan berbual dgn mereka
Ø bagi lelaki pula, perempuan perlu melakukan aktiviti secara bersama
Ø sebelum benar2 rapat, perempuan perlu elakkan diri drpd bertanya perasaan bakal pasangan mengenai suatu perkara, peristiwa ataupun situasi. Contoh2 yg boleh kita tanya adalah:
  1.   Anak ke berapa??
  2.    Kerja apa?? 
  3.    Siapa ahli keluarganya??
  4.    Tinggal di mana??
Pujian yg berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yg menarik kita padanya. Pujian daripada kwn baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian drpd kwn lama. Paling penting adalah keikhlasan semasa memujinya. Jangan lebih2 dan keterlaluan . Apabila kita didapati berbohong , dia akn terus menjauhkan diri drpd kita.

Khamis, 12 Januari 2012

Pelukis Abd. Ghabar Bahari

Halaman ini di wujudkan adalah semata-mata untuk rujukan rakan -rakan siswa yang ingin membuat tesis dalam pengajian mereka yang melibatkan pengkajian di bidang seni di universiti dan pengajian tinggi.
Juga untuk sidang Editor yang membuat rujukan tentang penglibatan saya di bidang seni.

Nama: Abd. Ghafar Bahari
Nama lain: Gopa Bahari, Adnan, Adifarwan.
Alamat: No.28, Jalan 1, Taman Pelangi Jaya,
51100 Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tarikh lahir: 26.6.1957

Tempat lahir: Padang Pauh,Kangar, Perlis.
Alamat kampung:
Batu 8, Kampung Bukit Kedak,
Kampong Semadung,
Empangan Timah Tasuh,
Jalan Kaki Bukit,
Kangar, Perlis.
Nama Bapa: Bahari bin Abdullah. /Tukang Kayu, Petani.
Nama Ibu: Fatimah bt. Bidin./Petani.

Tarikh Perkahwinan: 30.10.1980.
Isteri: Wan Zainab Wan Saupik.( Kampung Sg. Keladi,Kota Bharu,Kelantan).
Pekerjaan Isteri: Penulis Novel Remaja/ Editor Kopi
Anak: Nur Diyana, Muhammad Zaidi. Muhammad Zahir dan Muhammad Azahari.

Tel: 0173529729
Email: gopabahari@yahoo.com
gopabahari@gmail.com

Pautan:
http://www.artwanted.com/agbari
http://flickr.com/photo/gopabahari
ghafarartgallery.blogspot.com
gopabahari.blogspot.com

Pendidikan:
Sek Kebangsaan Paya, Kangar Perlis.-1964-1969
Sek. Men. Tengku Sulaiman Tunjung, Kangar , Perlis,- 1970- 1973
Sek. Men. Dato` Sheikh Ahmad, Arau Perlis-1974-1975.
Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor-2000-2003- (Diploma Seni Halus).

ANUGERAH/ PENGHARGAAN:

Pingat Pangkuan Negara (PPN). Persekutuan.
( Medal of the Order of the Defender of the Realm ).
- 2005.
Pingat Jasa Kebaktian (PJK). Perlis.
( Meritorious Service Medal ).
- 1999.
Pingat Perkhidmatan Am (PPA). Pengarah Rela Malaysia.
( Federation General Service Medal ).
- 2008.

Penulis Kaligrafi watikah pembesar Negara untuk
DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung Al Marhum Tuanku Jaafar Ibni Al Marhum Tuanku Abdul Rahman.
1998
Penulis Kaligrafi Puisi Samsuddin Jaapar untuk
Maharaja Thailand Bhumibul Udulyadicj. Sempena hari Keputeraan Baginda.
1996
Kaligrafi Plak Anugerah Sasterawan Negara
SN Abdullah Hussein.
1996.
Malaysian Book Record, Ratip Puisi 24 jam.Gapena/DBP.
2001

Anugerah `Best of Worldwide Watermedia Artists`
dari Kennedy Publishing & The Best of American Artist
(BOAA- VAG) New York. 2011.
This Month Feature Artist ` Love` dari : Laman Web My Gallery dan John Woodruff Studio
- San Francisco, Januari 2009.
Penang Passion
- Penang Profile Artists for Exotic Tourist Guide to Penang Haritage, Culture and Food.
-2011.
Anugerah Pekerja Cemerlang DBP-1998.
Anugerah Biasiswa Galakan Belajar DBP-2000
Hadiah pertama pertandingan lukisan Expo Pendidikan Perlis 1972.
Hadiah pertama pertandingan melukis poster Anti Dadah Perlis 1973.

Anugerah Ilustrator terbaik buku KBSM Bahasa Iban Tg.4 -Kementerian Pelajaran Malaysia
- 2007.
Hadiah Utama Pertandingan Melukis Kalender Dewan Bahasa dan Pustaka.
1986
Johan Pantun antara bahagian DBP
-1990.
Pengarah Mekap Artis Badan Budaya DBP.
Kursus Intensif Mekap Karektor- Akademi Seni Kebangsaan Malaysia.
Pelukis dan Pereka Grafik untuk buku- buku teks KBSR/KBSM sekolah- sekolah di Malaysia.
DBP/ Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kem Puisi Pelbagai Kaum,
Bukit Frazer-Anjuran DBP.
1988.

Johan pertandingan drama DBP Teluk Likas, Sabah
- Puteri Saadong`.1997.
Mewakili Malaysia ke Pesta Drama Asia
` Hari Terakhir Seorang Seniman` -Singapura.
Mewakili Malaysia Ke Festival Seni Asia
Kuala Lumpur. `Salina`
Mewakili Malaysia ke Seminar Penulis dan Pelukis buku kanak-kanak Asia
New Delhi India. anjuran AWIC /UNESCO.
Mewakili Malaysia ke Seminar Penulis dan Pelukis buku kanak- kanak Asia
di Jakarta Indonesia anjuran INABBY/ UNESCO.
Mewakili Malaysia dalam Program Buku kanak-kanak Asia `Laughing Together`
anjuran ICCU/ UNESCO Jepun.
Mewakili Malaysia ke Festival filem Kanak-kanak Asia
New Delhi India.
Mewakili Malaysia ke Pengucapan Puisi Dunia
Kuala Lumpur.DBP

Pereka Set Pentas Pengucapan Puisi
Kuala Lumpur.
Perjumpaan Kartunis Dunia Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur.
Pereka Logo Persidangan Penulis Asia Komanwell
Kuala Lumpur.
Pereka Logo Badan Budaya DBP.
Kuala Lumpur.
Pereka Logo Festival Muzik Tradisional Asia ,
Johor, Malaysia.
Pereka Logo Persatuan Sastera Bandingan DBP.
Kuala Lumpur.
Pereka Logo Minggu Sastera Remaja DBP,
Kuala Lumpur.

Pengadil lukisan kanak- kanak Asia AEON 1% Club/ Jaya Jusco. Jepun.
Pengadil lukisan kanak-kanak- Asia .Sempena Hari kanak-kanak sedunia anjuran UNICEFF/ RTM Malaysia.
Pengadil Lukisan Kartun FOMCA Persatuan Penguna Malaysia.
Pengadil Lukisan kanak- kanak Sunquick Black Currant Malaysia.
Kumpulan Penyanyi Kartunis album`Battle of the Kartuns` BOTKS terbitan Warnada Malaysia.

Pelukis Animasi CD Rom Lagu Puisi Tradisional kanak- kanak Malaysia,
ESSO/EXXON/ Perpustakaan Negara Malaysia.1997.
Ilustrasi untuk Jurnal Tentera Darat Pertama
`Sorot Darat` Mac 1983.

Menghasilkan Kumpulan Puisi `Bunga- bunga Rumput `-2007 Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Menghasilkan Kumpulan Puisi `Lukisan Pengembara` -2008 Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Menghasilkan Kumpulan Puisi ` Hujan Hujan Rindu` 2011
Menghasilkan Kumpulan Puisi ` Sandarkan Diri di Dinding Ini` 2011

Pelukis Komik bersiri Berita Minggu `Pontianak, Pelesit, Simata Merah, Mail Musang, Mega dll, New Strait Times. Malaysia.
Pelukis Diorama Muzium Sejarah Terowong Masa, Pasir Salak Perak.1995.
Pelakun Filem Ujang, Wanita Bertudung Hitam dan Mat Som.
Pelakun/ Pelawak Drama TV3, 2x5. bersama Imuda, S, Azli, Nasir Ali dan Effa S.
Pelakun Drama `Dimana Janji Kasihmu Mama` RTM.
Pelakun Drama TV bersiri Selamat Pagi Malaysia ` Restoran Pak Ali` RTM.1988.

Baca Puisi TV Anjung Budi dan Puisi Islam Jakim RTM.
Pelawak TV Bintang RTM bersama Imuda- Juara Penyanyi Nora.
Pelakun Drama TV Hassan, Perkahwinan 69, Remang di Lorong Tua dan Orang- orang TV3/RTM.-1991.
Penari Latar TV `Lambaian` Murni sempena Hari Raya, mengiringi Penyanyi M. Nasir, Herman Tino dan Syarifah Aini. RTM.1989.
Menerima latihan Vokal di Center Stage Group Theater - Siti Hajar Ismail- Akademi Fantasia (AF)/ Norma Nordin.( Idola)/Fatimah Abu Bakar ( AF)
Baca Puisi Badan Bertindak Bosnia Stadium Merdeka-1995.
Terlibat dilebih 40 buah drama terbitan Badan Budaya DBP dan lain- lain.

Menghasilkan lebih 80 judul komik bergambar di berbagai penerbitan.
Ketua 2 Kumpulan Teater Kanak- kanak Kenari DBP.
Melukis kartun untuk TV sempena Kempen Teleton `SiJantung Hati` bersama Dato Lat, Nan dan Imuda.
Lukisan Mural untuk Baca Puisi Dunia K. Lumpur 1996.

Penceramah Theater dan Puisi Persatuan Anak Seni Universiti Teknologi Mara (AKSI- UITM), Pulau Pangkor. Perak. 2002.
Penceramah Theater dan Puisi Persatuan Artis Penjuru Alam, Akademi Seni, Kuala Lumpur.
Penceramah Theater Kanak- kanak Perpustakaan Awam Negeri Perak, Pulau Pangkor/ Cameron Highland.Perak.
Penceramah Lukisan Seni Halus, Kamsis Ibrahim Yaakob,Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penceramah Bengkel Seni Visual Kreatif 2006 di Sekolah Kebangsaan Setia Budi, Gombak, Selangor. 24 .6.2006.
Pembimbing Bengkel Lukisan Ilustrasi, Kartun dan Komik "Behind The Mind" Management and Science University (MSU) Shah Alam, Malaysia. 2009.
Pembimbing Bengkel lukisan Ilustrasi untuk Siswa Management and Science University (MSU) Shah Alam, Malaysia. 2010- 2011.


Menghasilkan buku cerita kanak- kanak bergambar berjudul` Anak Ikan Mata Merah, `Children Folk Tale` dan`Where is Moon Lady` bersama DBP dan Gajah- Gajah Regard Egency.-2009.
Antologi Puisi Selamatkan Anak-anak Palestin-Terbitan DBP-2009
Kembara Puisi Prince of Songkla University Thailand- Anjuran KTM, PENA, KALAM. Kementerian Pendidikan Selangor.-2010.
Baca Puisi UPSI bersama Suhaimi Hj . Muhammad dan Malim Ghozali PK. 2010.

PERSATUAN/ SUKARELAWAN

AJK KALAM Persatuan Penulis Kuala Lumpur 2008- 2011.
Persatuan Kartunis Malaysia.
Persatuan Pelukis Malaysia.
Persatuan Pekomik Malaysia.
Persatuan Ilustrator Buku Kanak- kanak Riang DBP/ Dawama-2009.
Persatuan Pelukis GEMA - Garis Estatika Murni Abadi. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2002.
Persatuan Pelukis Malaysia.
Badan Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka.
AJK Bahagian PGRM Parlimen Batu, Kuala Lumpur. 1990-2011.
Ketua Cawangan PGRM Padang Balang. Kuala Lumpur.

Ketua Platun Pangkat Leftenan. Pasukan Elit RELA Malaysia, Sentul, K. Lumpur.2009.
Telah mengikuti Kursus Ketua Perhubungan Rela Mukim (KPRM) di Kem RELA Sg. Udang, Melaka pada 12-16 Mei 2011.
Ketua Pasukan dan Setiausaha Sukarelawan Bomba, Pangkat Leftenan Muda. Kepong dan Batu, Selangor.2009- 2011.


    Abd. Ghafar Bahari (Gopa)

Jumaat, 14 Oktober 2011

Nuclear Energy..



Radioactivity: the beginning of a glowing era

Marie Curie (1867-1934), Pierre Curie (1859-1906)

Radioactivity refers to the spontaneous process of transformation within atomic nuclei whereby energy-laden rays and particles are emitted into the surroundings, a property of certain elements. When Marie Curie used the term for the first time, even she had only a vague idea of what the phenomenon actually involved.

In 1891, the young Pole Marya Sklowska (as she then was) arrived in Paris to study physics at the Sorbonne. She was particularly interested in the recent discoveries in the field of radiology made by Wilhelm Conrad Rontgen and Antoine Becquerel. In 1895 Rontgen discovered an unknown type of radiation using a gas discharge tube. Rontgen sealed off the light emitted by the apparatus with black paper but in spite of his the radiotion made crystals fluoresce and blackened photographic paper when the apparatus was turned on. A year later Becquerel discovered that such radiation was also emitted by natural uranium salts.

Marie Curie repeated Becquerel`s experiments with pitchblende, an ore containing uranium that occurs in small amounts in the soil. In the course of these experiments she discovered that the ore emitted rays even more intense than pure uranium, so she concluded that it must contain other more energy-intensive elements. Together with her husband, the physics professor Pierre Curie, she discoveredradium and polonium, elements that also emitted radiation. The Curies thus demonstrated that radioactivity was a property that was shared by various elements in nature.The radiation was a property that was not caused by the chemical or physical condition of the initial substance but by processes occuring within it.The door to the study of nuclear physics had just opened.

In the following years,other scientist dicovered further radioactive substances.It was also soon realized that radioactivity was a much more intense source of energy that had previously been thought.While the British scientist Ernest Rutherford discovered the theoretical  principles of the structure of the atomic nucleus, the Curies continued to concentrate on radium.

The element they had discovered played an important role in cancer therapy.Radioactive rays from  radium damaged the living cells in cancer tumors much more than healthy ones.Carefully aimed radiation could therefore destroy cancer cells without damaging in the surrounding tissue too seriously.Today less aggressive subtances such as cobalt isotopes are used.

In 1903 Pierre and Marie Curie and Becquerel were jointly awarded the Nobel Prize for Physics for their discovery of radioactivity. Marie Curie was the first woman ever to receive such an honor: in 1911, after her husband`s death, Marie Curie received a second Nobel Prize, this time for chemistry, for her reseacrh into radium. In 1934, Marie Curie died from leukemia that had been daughter Irene and her husband Frederic Joliot continued Marie Curie`s work. In 1935 they received the Nobel Prize for Chemistry for artificially producing radioactive elements through radiation. The constant search for new radioactive substances eventually led to yhe discovery of nuclear fission and the cossequent development of atomic energy and nuclear weapons.

 Marie Curie`s daughter Irene continued her mother`s work and, like her, she was awarded a Nobel Prize.

Jumaat, 30 September 2011

Sepi....

Lama ku menyepi,
tatkala di kau tiada di sampingku,
puas sudah ku mencarimu,
di mana di kau selalu berada,
di saat itu aku mula terbayang-bayangkan saat manis kita bersama.

Setelah kau berlalu..
hanya pesanan ringkas dan gambarmu meninggalkan bau,
membalut luka di hati.

Ohh kasih,
bagaikan kulit di hiris-hiris,
bagai itulah hatiku setelah di kau meninggalkan ku sendirian.

Setelah kau berlalu,
aku pun ingin pergi dari pala ni,
biar sama-sama merasai
betapa pedihnya kenangan yang telah kita lalui bersama-sama.....